Alhamdulillah Ramadhan sudah berlalu…..semoga amal ibadat kita semua di terima Allah…. Kini, Syawal juga sudah hampir sampai ke penghujungnya…..
Seperti yang saya janjikan dalam entry sebelum ini, saya akan memperincikan setiap program yang dilaksanakan sepanjang bulan ramadhan dan aidilfitri….agak lama juga saya ‘bercuti’ meng ‘update’ web ini….
Pertama sekali, syukur kepada Allah….kerana memberikan kami kekuatan untuk laksanakan ibadah puasa sambil menguruskan beberapa program agama/ilmu untuk penduduk kampung…
Nampaknya semua program yang di rancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan mudah dengan kerjasama semua pihak…. Alhamdulillah ahli Kelab Anak Muda Muhibbah (KAMM) dengan beberapa golongan warga veteran kampung semakin ‘bijak’ uruskan program yang melibatkan orang luar…..apa kata orang, belajar melalui pengalaman…
Syabas kepada semua ahli kelab yang berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan tugas yang telah di agihkan dan tidak berkira untuk membantu team lain…. Semoga dengan ini persahabatan kita semakin erat….
Boleh di katakan hampir semua program yang di rancang…..memang di laksanakan….. Gotong-royong, edaran buletin,ceramah,tazkirah, qiamulail, ziarah dakwah Yayasan Amal, majlis berbuka puasa & zahur bersama Yayasan Amal,Program Palestin di hati dan ramah tamah Aidilfitri….. Walaupun ada di antara program tersebut adalah yang julung kali di adakan…. Tetapi tetap juga mendapat sambutan di kalangan penduduk kampung…
Puji-pujian pada Allah yang memudahkan segala-galanya….
15.09.2007 (Sabtu)…. Penceramah pertama iaitu cikgu Shahril, berbuka puasa dengan keluarga abang Dising @ bapak Boy…. sebelum ke masjid An Nur untuk sesi ceramah dan solat berjemaah dengan penduduk kampung…. ceramah beliau agak santai juga sambil di selit dengan lawak-lawak selamba beliau…
22.09.2007 (Sabtu)… Pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Miri…. Datang ke kampung… Pada mulanya kami di maklumkan rombongan adalah seramai 15 orang….walaubagaimanapun memandangkan ada program di sekolah agama…hanyak 10 orang yang dapat hadir… Apapun ia cukup memberi erti pada semua penduduk kampung…..
Majlis buka puasa petang itu di ‘taja’ oleh beberapa warga kampung…masing-masing membawa berbagai juadah untuk berbuka puasa pada petang itu…..
Terpegun pihak Yayasan Amal…..iyelah makanan berbagai jenis…..kalah pasar ramadhan di Miri…cendol,ayam panggang,ayam goreng,mee goreng, kuih muih, berbagai lauk….semua ada…
Satu lagi yang buat mereka terpikat ialah cara kami serve….ala-ala Jepun….so sweet…
Agak ramai juga penduduk kampung yang turun padang….ceramah malam itu di sampaikan oleh ustaz Liasan….
Selesai solat terawih, sekali lagi penduduk kampung dan pihak Yayasan Amal menjamu selera…
Tetamu tidur di rumah pakcik Tahir dan rumah ketua kampung…. Kami pula, anak-anak muda Muhibbah buat sedikit persiapan untuk berzahur sebelum turut serta bermalam di rumah ketua kampung….
Awal pagi kami di kejutkan oleh Mustamin untuk qiamullail dan masak untuk zahur…..
Selepas solat subuh, tazkirah di sampaikan oleh saudara Azwani…. Pagi itu, kami sibuk mengemas peralatan-peralatan masjid ….. menyediakan sedikit ole-ole untuk pihak Yayasan Amal bawa balik…buah salak dan rambutan…..
Memandangkan agak banyak juga makanan lebih..so kami bungkus dan agihkan pada penduduk kampung…..rasa macam program bersama mu pula….hehehe…..
29.09.2007 (Sabtu)…. Ceramah 3 di sampaikan oleh ustaz Nasir dari SK Kelapa Sawit No.4.. Kali ini penceramah dan penduduk kampung semuanya berbuka puasa di rumah Hamidah …
11 Oktober 2007 ….Program Mini Malam Bersamamu Palestin….berjaya juga menyentuh hati penduduk kampung…..program ini serentak kami laksanakan dengan memperkenalkan penubuhan Kelab Anak Muda Muhibbah (KAMM)…..
13.10.2007 (Sabtu) …. Hari ini merupakan hari raya Aidilfitri….. hari ini juga buat pertama kalinya kami laksanakan ramah tamah Aidilfitri….. Alhamdulillah…… syukur sangat ramai yang memberi kerjasama…..
Insya Allah….Sehingga kita bertemu lagi di Ramadhan dan Syawal tahun hadapan…
Wallahu a’lam bissawab.