AlhamdulilLah, syukur dipanjatkan ke hadratNya. Tiada yang lebih baik melainkan segala aturan yang telah ditentukan oleh Allah swt.
AlhamdulilLah, tahniah diucapkan kepada Pengerusi Kelab, Akh Muhtar kerana telah menikah pada 14 Disember 2007. Semoga segala anugerah yang dinikmati sebelum, hari ini dan selepas ini akan lebih mendekatkan kita semua kepada Allah. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Dan insya Allah, Setiausaha Kelab, Kak Tum juga akan menjadi seorang isteri pada 21 Disember 2007. Didoakan semoga segala perancangan berjalan dengan lancar dan diredhai Allah. Insya Allah kami akan sentiasa menyokong kepada yang baik. Amin.
Dua Hati Satu Jiwa… Semoga rumahtangga kalian akan menjadi sebuah rumahtangga yang penuh dengan kasih sayang, keberkatan, keikhlasan, kesetiaan, kejujuran, penuh kefahaman dan kecintaan antara keduanya, bertolak ansur dalam melayari sebuah amanah yang telah di tentukan Allah swt… Amin…
Insya Allah… Semoga program selepas ini akan berjalan lancar dengan pertambahan ahli keluarga Kelab yang baru… Amin…
Regards;
Hasma Hassan