[Karnival 'Amal Merdeka Miri yang Insya Allah akan diadakan pada 16 - 17 Ogos 2008 merupakan program anjuran Yayasan 'Amal Malaysia (Cawangan Sarawak Unit Miri) dengan kerjasama beberapa badan Islam yang lain. Antara program yang akan dilaksanakan termasuklah Larian 'Amal Merdeka, Forum Perdana Ehwal Islam, Forum Remaja Cemerlang, Pemeriksaan Kesihatan, Derma Darah dan Konsert Kesenian Islam yang dinamakan Konsert 'Amal Merdeka.]
[Konsert 'Amal Merdeka 2008 (Poster hasil kreativiti Ustaz Fauzi). Konsert Nasyid 'Amal sempena Karnival 'Amal Merdeka ini adalah julung-julung kalinya diadakan di Bandayara Miri. Marilah berhibur sambil ber'amal kerana Allah!]
[Larian 'Amal Merdeka 2008 (Poster hasil kreativiti Ustaz Fauzi). Sila hubungi penama yang dinyatakan di dalam poster di atas untuk mendapatkan borang penyertaan. Marilah ber'amal sambil beriadhah kerana Allah!]

[Program Derma Darah Dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma sempena Karnival 'Amal Merdeka 2008 (Poster hasil kreativiti Ustaz Fauzi). Program ini adalah anjuran bersama Persatuan Kebajikan Islam Perubatan (PERKIP) Cawangan Miri. Semua dijemput turut serta. Marilah ber'amal kerana Allah!]
[Forum Remaja Sempena Karnival 'Amal Merdeka 2008 (Poster hasil kreativiti Ustaz Fauzi). Forum Remaja "Di Mana Kasih, Di Mana Sayang?" ini terbuka kepada semua remaja yang berada di luar sana. Para remaja dan pelajar sekolah yang berminat serta ibubapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengikuti program ini, sila hubungi/ sms penama berikut: Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Nik Syazmizi Nik Sin (019-4583994), Ustaz Ahmad Fauzi Yaakob (016-8164466), Ustazah Noresah (013-9421300), Ustazah Norafifah (019-3037286). Yuran penyertaan adalah PERCUMA. Remaja Cemerlang, Negara Gemilang, Ummah Terbilang!]
[Forum Perdana Ehwal Islam sempena Karnival 'Amal Merdeka 2008. Forum perdana ini merupakan program anjuran bersama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri dan Yayasan 'Amal Malaysia (Cawangan Sarawak Unit Miri), serta dengan kerjasama Jabatan Agama Islam (JAIS) Miri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Miri dan Tabung BaitulMal Sarawak Cawangan Miri. Seluruh Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. "Adakah Aku Sudah Merdeka?"]
Wallahu a’la wa ‘alam.




