Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Ramadhan Mubarak

“Ahlan Ya Ramadhan… Para Mu’min Merindui Kedatanganmu!”

Poster Karnival AMAL Merdeka 2009

[Karnival AMAL Merdeka 2009 & Ihya’ Ramadhan 1430H @ Miri]

Banner Konsert AMAL Merdeka 2009

Poster Konsert AMAL Merdeka 2009Tiket Konsert AMAL

[Konsert AMAL Merdeka 2009 Bersama Ramli Sarip, Ustaz Akhwan Afandi & Azhan Atan. Semua dijemput hadir. Harga Tiket: RM25]

Poster Futsal AMAL Merdeka 2009

[Futsal AMAL Merdeka 2009: Berriadhah Kerana Allah]

Poster Larian AMAL Merdeka 2009

[Larian AMAL Merdeka 2009. Jom Berriadhah Sambil Ber’amal] 

Poster Diskusi Remaja AMAL

[Diskusi Remaja AMAL 2009 – “Remaja & Hedonisme”]

Poster Seminar Ekonomi Islam

[Seminar Ekonomi Islam – “Memperkasa Ekonomi Ummah”]

Poster Ceramah Perdana Ustaz Wan Sohor

[Ceramah Perdana Ramadhan Bersama Ustaz Wan Sohor Bani Leman]

Wallahu a’la wa ‘alam.

Karnival 'Amal Merdeka

[Karnival ‘Amal Merdeka Miri yang Insya Allah akan diadakan pada 16 – 17 Ogos 2008 merupakan program anjuran Yayasan ‘Amal Malaysia (Cawangan Sarawak Unit Miri) dengan kerjasama beberapa badan Islam yang lain. Antara program yang akan dilaksanakan termasuklah Larian ‘Amal Merdeka, Forum Perdana Ehwal Islam, Forum Remaja Cemerlang, Pemeriksaan Kesihatan, Derma Darah dan Konsert Kesenian Islam yang dinamakan Konsert ‘Amal Merdeka.]

Konsert 'Amal Merdeka 2008

[Konsert ‘Amal Merdeka 2008 (Poster hasil kreativiti Ustaz Fauzi). Konsert Nasyid ‘Amal sempena Karnival ‘Amal Merdeka ini adalah julung-julung kalinya diadakan di Bandayara Miri. Marilah berhibur sambil ber’amal kerana Allah!]

Larian 'Amal Merdeka

[Larian ‘Amal Merdeka 2008 (Poster hasil kreativiti Ustaz Fauzi). Sila hubungi penama yang dinyatakan di dalam poster di atas untuk mendapatkan borang penyertaan. Marilah ber’amal sambil beriadhah kerana Allah!]

Program Derma Darah Amal 2008

[Program Derma Darah Dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma sempena Karnival ‘Amal Merdeka 2008 (Poster hasil kreativiti Ustaz Fauzi). Program ini adalah anjuran bersama Persatuan Kebajikan Islam Perubatan (PERKIP) Cawangan Miri. Semua dijemput turut serta. Marilah ber’amal kerana Allah!]

Forum Remaja Cemerlang

[Forum Remaja Sempena Karnival ‘Amal Merdeka 2008 (Poster hasil kreativiti Ustaz Fauzi). Forum Remaja “Di Mana Kasih, Di Mana Sayang?” ini terbuka kepada semua remaja yang berada di luar sana. Para remaja dan pelajar sekolah yang berminat serta ibubapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengikuti program ini, sila hubungi/ sms penama berikut: Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Nik Syazmizi Nik Sin (019-4583994), Ustaz Ahmad Fauzi Yaakob (016-8164466), Ustazah Noresah (013-9421300), Ustazah Norafifah (019-3037286). Yuran penyertaan adalah PERCUMA. Remaja Cemerlang, Negara Gemilang, Ummah Terbilang!]

Forum Perdana Ehwal Islam

[Forum Perdana Ehwal Islam sempena Karnival ‘Amal Merdeka 2008. Forum perdana ini merupakan program anjuran bersama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri dan Yayasan ‘Amal Malaysia (Cawangan Sarawak Unit Miri), serta dengan kerjasama Jabatan Agama Islam (JAIS) Miri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Miri dan Tabung BaitulMal Sarawak Cawangan Miri. Seluruh Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. “Adakah Aku Sudah Merdeka?”]

Wallahu a’la wa ‘alam.

Alhamdulillah………after ‘cuti panjang’….kerana ‘mabuk’ teruk…..saya boleh kembali ‘menjenguk’ web…. Terkilan rasanya……banyak aktiviti-aktiviti yang saya tinggalkan sepanjang 5 bulan kebelakangan ini… usrah , kelas hadis , kelas mengaji, program2 lain…..semua nya saya tinggalkan…..

Program pertama yang saya ‘bersemangat’ untuk turut serta  iaitu “Kursus Pengurusan Jenazah” pun saya dan rakan-rakan lain juga tidak dapat turut serta…..bukan rezeki kami….kerana rasanya sudah lama kami merancang untuk adakan program sebegini di kampung…..akhirnya pada hari ia dilaksanakan kami pula tidak dapat turut serta…..sebab komitmen kerja yang tidak mengizinkan….

Apa pun, tahniah kepada Kelab Anak Muda Muhibbah…yang berjaya anjurkan program begini…setelah ‘cuti’ panjang…..

Semoga selepas ini, pengurusan program akan kembali rancak macam dulu-dulu…… 

Insya Allah.

Kad Jemputan Kahwin Mei 2008

Selamat Pengantin Baru.. Semoga Berbahagia Hingga Ke Syurga!

Kelab Anak Muda Muhibbah (KAMM) dengan sukacitanya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat pengantin baru kepada anak-anak Muhibbah yang telah mendirikan rumahtangga bahagia baru-baru ini.

 

1. Saudara Muslimin Basri dan Saudari Fitriani Jemali

2. Saudara Rusdi Mohd Asri dan Saudari Elfa Susanti Sabir

3. Saudara Asri Suardi dan Saudari Asmini Abdul Rapi

 

Baarakallahu lakuma wa baaraka ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fi khair. Mudah-mudahan Allah akan melimpahkan pasangan-pasangan suami isteri ini dengan sa’adah, sakinah, mawaddah wa rahmah yang dijanjikanNya. Semoga kalian berbahagia hingga ke Syurga! Amiin.

Program-program KAMM 2008

Walimatul ‘Urus Muhibbah

AlhamdulilLah, syukur dipanjatkan ke hadratNya. Tiada yang lebih baik melainkan segala aturan yang telah ditentukan oleh Allah swt.

AlhamdulilLah, tahniah diucapkan kepada Pengerusi Kelab, Akh Muhtar kerana telah menikah pada 14 Disember 2007. Semoga segala anugerah yang dinikmati sebelum, hari ini dan selepas ini akan lebih mendekatkan kita semua kepada Allah. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Dan insya Allah, Setiausaha Kelab, Kak Tum juga akan menjadi seorang isteri pada 21 Disember 2007. Didoakan semoga segala perancangan berjalan dengan lancar dan diredhai Allah. Insya Allah kami akan sentiasa menyokong kepada yang baik. Amin.

Dua Hati Satu Jiwa… Semoga rumahtangga kalian akan menjadi sebuah rumahtangga yang penuh dengan kasih sayang, keberkatan, keikhlasan, kesetiaan, kejujuran, penuh kefahaman dan kecintaan antara keduanya, bertolak ansur dalam melayari sebuah amanah yang telah di tentukan Allah swt… Amin…

Insya Allah… Semoga program selepas ini akan berjalan  lancar dengan pertambahan ahli keluarga Kelab yang baru… Amin…

Regards;

Hasma Hassan

Tahniah to Mohd Shahban…..dah dapat kerja kat Miri…..related with SESCO…

Tahniah juga to Kahar….dapat kerja di sektor awam sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur…. kalau memang dah rezeki kita….tak ke mana…nampak gaya nya Kelab Anak Muda Muhibbah kurang ‘tenaga kerja’…..hehehe

Tahniah juga to Muhtar Suhaili….dah rasmi jadi tunang orang pada 24 November 2007… Insya Allah akan rasmi jadi suami pada 14 Disember 2007…

Semoga segala-galanya dipermudahkan Allah.