Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for September 2007

Karnival Ramadhan

Read Full Post »

Salam Ramadhan 1428H….. Ramadhan Kariim!

“Ya Allah, jadikanlah puasa kami sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa..ibadah malam kami sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam..jagalah kami dari tidurnya orang-orang yang lalai.. ampunilah kami.. hapuskanlah dosa kami.. tolonglah kami dalam mengingatiMu.. bimbinglah dan tunjukilah kami.. tolonglah kami menjaga iman kami.. berikanlah hidayahMu .. berilah rahmatMu.. dekatkanlah kami kepada keredhaanMu.. jauhilah kami dalam kemurkaanMu.. kasihanilah kami..kedua ibu bapa kami.. guru-guru kami.. rakan-rakan kami..  jiran-jiran kami.. semua muslimin dan muslimat.. penuhilah hajat kami..berilah kami rezeki yang banyak lagi halal.. berikanlah kekuatan kepada kami… untuk menegakkan perintah-perintahMu… beri kami kekuatan untuk menunaikan syukur kepada Mu jauhilah kami dari fitnah .. jauhkanlah kami dari sifat-sifat riak, sombong, tamak, kedekut..cukupkanlah kami.. angkatkah darjat kami di sisi Mu..berilah kesabaran kepada kami untuk menerima segala ketentuan… berilah kami kemampuan untuk bertaqwa dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuan Mu….tanamkanlah dalam diri kami kecintaan kepada perbuatan baik dan kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan….jadikanlah kami mencintai Mu lebih dari segala-galanya..bantulah kami menanggung beban dakwahMu..berilah kami kebaikan dunia dan akhirat..perkenankanlah doa kami” Amin .

Alhamdulillah…… kami anak-anak Muhibbah…. dalam sibuk2 dengan kerja dan kehidupan peribadi…. sempat jugalah luangkan masa menyusun beberapa program sepanjang bulan Ramadhan 1428H untuk kami sendiri dan penduduk kampung… Kebanyakan program adalah pada hujung minggu…. maklum…. kami kan bekerja dan tidak menetap di kampung….

Usaha ini dilakukan demi Islam dan kerana Allah…..juga…..atas rasa sayang kami kepada semua penduduk kampung….kami sedaya upaya cuba untuk membawa ‘ilmu’ ke kampung kami yang tercinta…. Semoga Allah bantu kami…. dan mudahkan segala-galanya untuk kami…. Semoga juga persahabatan dan kasih sayang sesama kami semakin erat….semoga sumbangan yang sedikit ini akan jadi saham akhirat kami….

Ya Allah….. Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu…. bertemu untuk mematuhi perintah-Mu….bersatu memikul beban dakwah-Mu….. hati-hati ini telah mengikat janji setia….. untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu……maka eratkanlahnya Allah akan ikatannya…. Kekalkan kemesraan antara hati-hatiini akan jalan-Nya yang sebenar…… Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap….. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman,keyakinan dan keindahan….. tawakkal kepada-Mu…. Hidup suburkan hati-hati ini sebagai…. para syuhada dalam perjuangan agama-Mu….. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong…. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.Amin..

 

Ingin saya kongsi secara ringkas di sini …antara program yang telah kami rancang….dan… doakan semoga semuanya lancar seperti yang di rancang… Coretan lengkap mengenai setiap program ini…Insya Allah akan saya perincikan kemudian….selepas selesai setiap program…

Insya Allah pada 08.09.2007 (Sabtu)… Anak-anak muda kampung akan gotong-royong membersihkan masjid….actually masjid tak kotor sangat…

Untuk sebulan ini….macam tahun-tahun yang sebelumnya….setiap rumah akan bergiliran membawa makanan ke masjid….untuk buka puasa….dan….jamuan selepas solat terawih…

Pada 14.09.2007 (Jumaat)…. Hasma and team iaitu Azian, Kahar akan menyediakan Buletin Ramadhan 1 untuk di agihkan kepada penduduk kampung selepas solat Jumaat…

Pada 15.09.2007 (Sabtu)…. Ceramah 1 akan di sampaikan oleh cikgu Shahril dari SMK Luar Bandar… Juga di uruskan oleh Hasma and team, Hamidah, Kahar….sambil di bantu oleh AJK KAMM …

21.09.2007 (Jumaat)… Hasma and team iaitu Azian, Kahar akan menyediakan Buletin Ramadhan 2…macam minggu sebelumnya….

Pada 22.09.2007 (Sabtu)… Pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Miri…. akan melakukan ziarah dakwah ke kampung kami…mereka akan berbuka puasa, menyampaikan ceramah serta qiamullail bersama-sama penduduk kampung….aktiviti ini akan di uruskan oleh Mustamin and team iaitu Hayati…..sambil back up dari AJK KAMM….

28.09.2007 (Jumaat)…. Hasma and team iaitu Azian, Kahar akan menyediakan Buletin Ramadhan 3…macam minggu-minggu sebelumnya….

29.09.2007 (Sabtu)…. Ceramah 3 akan di sampaikan oleh ustaz Nasir dari SK Kelapa Sawit No.4… Juga di uruskan oleh Hasma and team, Hamidah, Kahar….sambil di bantu oleh AJK KAMM …

05.10.2007 (Jumaat)…. Hasma and team iaitu Azian, Kahar akan menyediakan Buletin Ramadhan 4…macam minggu-minggu sebelumnya…

11.10.2007 (Khamis)…… Kami bercadang untuk berkongsi rasa kepada semua penduduk kampung tentang penderitaan Palestin…..so Insya Allah….malam ini kami akan membuat tayangan Amal “Palestin di Hati”…sambil mengutip derma untuk di salurkan kepada tabung Palestin…. Ini akan di uruskan oleh Muhtar and team, Mustakim….sambil dibantu oleh AJK KAMM…..

Pada malam ini juga…. Kami akan memperkenalkan secara detail penubuhan Kelab Anak Muda Muhibbah (KAMM)….dan seterusnya majlis perasmian penubuhan kelab ini…. Slide akan di buat oleh Hamidah sambil di bantu oleh AJK KAMM….

Dan pada hari raya pertama iaitu 13.10.2007 (Sabtu)…. Kami bercadang untuk membuat jamuan ramah tamah Aidilfitri di masjid selepas selesai solat hari raya….ini akan diuruskan oleh saya sambil di bantu oleh Juriani, Mariana dan AJK KAMM…kami akan meminta semua penduduk kampung untuk membawa kuih dan minuman untuk jamuan tersebut…. Ini di harap dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain…. Kesempatan ini juga di harap dapat di gunakan untuk bersalam-salaman dan bermaaf-maafan….

Kebanyakan program yang kami rancang adalah julung-julung kali di lakukan di kampung…tapi dengan doa dan kerjasama semua kami yakin semuanya akan lancar…

Tambahan pula, masing-masing memang komitmen dengan tugasan yang dah kami agihkan…lagipun kami memang saling sokong-menyokong antara satu sama lain…

Sehingga ini dulu…….Insya Allah….nantikan entry yang seterusnya…

Wallahu a’lam bissawab.

Read Full Post »